Ahlan Wasahlan
Blog Soal Jawab Islam menyajikan kepada pengunjung semua pelbagai artikel berkait dengan ISLAM dan Umatnya yang menyentuh isu semasa,Akidah, Fekah, Fardhu Ain dll. Semuanya disampaikan dengan telus dan semasa khas untuk santapan minda dan rohani yang sihat dan terbuka

Hukum Sambutan Hari Kekasih (AKIDAH)
Tarikh 14 Febuari setiap tahun mungkin adalah merupakan suatu tarikh yang menjadi ingatan bagi sesetengah orang kerana inilah terikh "keramat" bagi golongan tertentu. Jika kita bertanya kepada golongan tersebut, kenapakah tarikh 14 Febuari ini dinanti-nantikan? Baca lagi....

100,000 peluk Islam Di Britain (Berita)
London: Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak sedekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun menurut kajian terbaru.Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan. Baca Lagi....

Mengucap 2 Kalimah Shahadah (Fardhu Ain)
Kalimah berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud perkataan. Manakala Syahadah juga berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud penyaksian. Kesimpulannya dari segi bahasa Mengucap dua kalimah syahadah bermaksud mengucapkan dua perkataan penyaksian. Baca Lagi......

26 January 2011
"Kurangkan Ketaatan Terhadap Islam" Lee Kuan Yew
24 January 2011
Sambutan Hari Kekasih Menurut ISLAM
![]() |
Datuk Seri Harussani Zakaria |
![]() |
Saint Valentine |
![]() |
Pasangan Muslim yang ditangkap di hari Valentine's |
![]() |
Pasangan Muslim ditangkap di hari Valentine's |
05 January 2011
100,000 peluk Islam di Britain
Kajian Faith Matters tunjuk ada pertambahan
London: Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak sedekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun menurut kajian terbaru.
Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan.
Hasilnya mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan muallaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent.
Tinjauan itu mendapati, 60,699 'saudara baru' menetap di Britain pada 2001.Tanpa data bancian baru sejak itu,penyelidik membuat tinjaun di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun.
Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekaligus bermakna 5,200 di seluruh Britain.Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memluk Islam setiap tahun.
Seorang guru tarian, Denise Horsley,26 ketika mengulas keputusannya memeluk Islam berkata: "saya diperkenalkan kepada Agama Islam oleh teman lelaki saya. Ramai bertanya adakah saya memeluk Islam kerananya?. Tetapi ia tiada kaitan dengannya. Saya sendiri yang belajar mengenai Islam. Sekarang saya memakai tudung tetapi ia setelah beberapa lama.
"Hijab suatu konsep penting dalam Islam tetapi oa bukannya mengenai pakaian. Paling penting kesederhanaan dalam setiap perkara yang anda lakukan.Pada asasnya, saya masih orang sama kecuali saya tidak lagi minum arak atau makan daging khinzir dan melukan solat lima kali sehari."
Kajian sebelum ini menganggarkan bilangan saudara baru Islam di Britain antara 14,000 dan 25,000.- Agensi
03 January 2011
Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Assalamualaikum WBT
Post kali ini kita akan belajar berkenaan perkara paling asas dalam Islam dan berada pada tangga no.1 dalam Rukun Islam iaitu pengucapan dua kalimah Syahadah. Kalimah berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud perkataan. Manakala Syahadah juga berasal dari bahasa Arab yang membawa maksud penyaksian. Kesimpulannya dari segi bahasa Mengucap dua kalimah syahadah bermaksud mengucapkan dua perkataan penyaksian.
Apakah perkataan itu?? perkataannya ialah:
" Ashadu allaaa ilaaa ha illallah, wa ash hadu annamuhammadar rasulullah"
Maksudnya:
"Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"
KONSEP & PENGERTIAN
Dua kalimah Syahadah merupakan intisari dari keseluruhan pengertian dan konsep Rukun Islam dan Rukun Iman yang akan dijelaskan di bawah yang menjadi tuntutan Fardhu Ain (kewajipan Asas) bagi setiap orang Islam mengetahui dan mengamalkannya.
Dua kalimah Syahadah adalah pengakuan atau ikrar setiap individu Islam tentang adanya Allah yang maha Esa dan Nabi Muhammad S.A.W. itu pesuruhNya. Dua kalimah Syahadah itu wajib diucapkan sekurang-kurangnya lima kali sehari semalam iaitu ketika mengerjakan Solat Fardhu, ketika membaca Tahiyyat awal & akhir (amalan dalam solat). Demikian juga semasa mengerjakan solat-solat sunat, Dua kalimah Syahadah ini wajib diucapkan semasa mabaca Tahiyyat awal & akhir.
Selain dari Dua kalimah Syahadah ini juga wajib diucapkan dalam upacara seseorang yang bukan Islam memeluk Agama Islam. Lafaz ini menjadi pengesahan bahawa mulai saat itu, ia telah menjadi seorang Islam. Apabila seseorang telah berikrar menjadi orang Islam, maka berkewajipanlah ia mentaati segala hukum-hukum Syar'iyah (hukum perundangan Islam) yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
Bagi memperteguhkan lagi pengakuan dan ikrar tersebut, Umat Islam bukan sahaja disuruh mengucapkan kalimah Syahadah ini di dalam solat, bahkan hendaklah selalu di ulang-ulangi menyebutnya. Menyebutnya di luar solat dipanggil "Zikir" yang bererti mengingati Allah.
Ucapan Zikir iaitu mengingati Allah itu ada berbagai-bagai nama dan cara sebutannya seperti Tahlil,Tasbih, Tahmid dan lain-lain. Tetapi zikir yang paling utama (menurut sebuah hadis Rasulullah S.A.W.) ialah menyebut: "Laa ilaa ha illallah"
Bermaksud: " Tiada Tuhan Selain Allah"
Kita digalakkan agar sedapat mungkin mengamalkan kalimah zikir ini seberapa banyak yang mungkin dalam apa jua keadaan, dimana sahaja melainkan ketika di dalam tandas. Jika tidak dapat melafazkannya dengan lisan (lidah), cukup sekadar berzikir di dalam hati.
Dipetik dari buku : Perkara Asas Fardhu Ain karangan Hj Johari Alias
Selamat Berkenalan dan selamat tahun baru masihi 2011
Assalamualaikum WBT
Selamat berkenalan pertama sekali saya ucapkan kepada para pelawat laman Soal Islam (SI). Laman ini sememangnya baru dibina. Ianya mempunyai beberapa tujuan yang jelas mengapa laman ini dibina. Mengapa ya? sebabnya begini:
Pertama sekali ialah sebab Ilmu dan maklumat. Memang banyak laman web yang menjelaskan mengenai Islam. Akan tetapi, apa yang saya perhatikan tidak ramai yang menjadikan laman web atau blog sebagai tempat untuk MENGHIMPUNKAN persoalan yang sering ditanya oleh umat Islam khususnya di Malaysia yang bertutur dalam Bahasa Malaysia. Ya!! MENGHIMPUNKAN dalam BAHASA MALAYSIA. Itu yang kita mahu bukan?...
Banyak lagi sebab-sebab lain yang terbuku dalam minda saya yang akan saya jelaskan dari masa ke semasa.. tak nak lah bagitau semua sekarang sebab saya nak 'make it simple' untuk memudahkan kita memahami. Ok macam tu kan??.
Akhir sekali, belum terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2011 semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera disamping keluarga.
Salam sayang,
MOHAMAD SHAIHAM BIN IBRAHIM
Ketua Pengarang SI