05 January 2011

100,000 peluk Islam di Britain





Kajian Faith Matters tunjuk ada pertambahan

London: Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak sedekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun menurut kajian terbaru.

Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan.
Hasilnya mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan muallaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent.

Tinjauan itu mendapati, 60,699 'saudara baru' menetap di Britain pada 2001.Tanpa data bancian baru sejak itu,penyelidik membuat tinjaun di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun.

Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekaligus bermakna 5,200 di seluruh Britain.Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memluk Islam setiap tahun.

Seorang guru tarian, Denise Horsley,26 ketika mengulas keputusannya memeluk Islam berkata: "saya diperkenalkan kepada Agama Islam oleh teman lelaki saya. Ramai bertanya adakah saya memeluk Islam kerananya?. Tetapi ia tiada kaitan dengannya. Saya sendiri yang belajar mengenai Islam. Sekarang saya memakai tudung tetapi ia setelah beberapa lama.

"Hijab suatu konsep penting dalam Islam tetapi oa bukannya mengenai pakaian. Paling penting kesederhanaan dalam setiap perkara yang anda lakukan.Pada asasnya, saya masih orang sama kecuali saya tidak lagi minum arak atau makan daging khinzir dan melukan solat lima kali sehari."

Kajian sebelum ini menganggarkan bilangan saudara baru Islam di Britain antara 14,000 dan 25,000.- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Powered by Blogger