Assalamualaikum WBT
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya: Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." (al-Israa':36)
Tarikh 14 Febuari setiap tahun mungkin adalah merupakan suatu tarikh yang menjadi ingatan bagi sesetengah orang kerana inilah terikh "keramat" bagi golongan tertentu. Jika kita bertanya kepada golongan tersebut, kenapakah tarikh 14 Febuari ini dinanti-nantikan? Antara jawapan yang diberikan oleh mereka ialah: "Inilah..... Hari kasih sayang, Hari kekasih, Valentine's Day!
Dan semestinya tanggal 14 Febuari merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi pasangan kekasih yang sedang dilamun asmara. Mereka akan saling mengutus surat ataupun kad-kad Valentine's Day beserta cenderamata sebagai sebagai manesfitasi rasa cinta kepada pasangan masing-masing. Tidak ketinggalan program-program TV diselitkan cerita-cerita berunsur cinta ditayangkan atas nama Valentine's Special. Tetapi apa yang menyedihkan kita ialah golongan yang meraikan hari tersebut, ada yang terdiri dari kalangan generasi muda (atau tua?) Islam.
Kenapa 'keraian' ini boleh menular kepada golongan Islam? Tidak lain dan tidak bukan kerana fikiran mereka telah diresapi oleh racun ideologi Barat dan beranggapan sambutan hari Valentine's Day tidak bertentangan dengan aqidah yang mereka pegang. Pada dasarnya mereka telah terpedaya dengan slogan-slogan dari barat yang disuntikkan dalam pemikiran mereka tetapi tidak pernah menjadikan aqidah ini sebagai asas pandangan hidup mereka. Inilah bahayanya racun sekularisme.
![]() |
Datuk Seri Harussani Zakaria |
Pada 12 Febuari 2004, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria seperti yang telah disiarkan di akhbar harian 'Utusan Malaysia' dengan tegasnya menfatwakan bahawa Umat Islam yang meraikan 'Hari Memperingati Kekasih' pada 14 Febuari boleh merosakkan aqidah atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu , Kristian. Kenapa pula amaran dan fatwa yang begitu tegas dikeluarkan? Maka sudah tentulah ini adalah diasaskan pada sejarah dan intipati Hari Valentine's itu sendiri yang perlu difahami oleh seluruh umat Islam.
Sejarah Valentine's Day
Pada mulanya orang-orang Romawi merayakan acara untuk memperingati suatu hari besar mereka yang jatuh pada tanggal 15 Febuari, mereka menamakannya Lucipercalia. Peringatan ini dirayakan untuk memperingati Juno (Tuhan wanita dan perkahwinan), serta Pan (Tuhan dari alam ini) seperti apa yang mereka percayai.
Acara ini berisi pesta antara muda-mudi, lelaki dan perempuan yang boleh memilih pasangannya masing-masing dengan menulis nama yang dimaksudkan dalam jambangan kemudian diundi. Pasangan masing-masing saling bertukar menukar hadiah sebagai manifestasi cinta mereka. Acara ini diteruskan dengan berbagai macam pesta dan huru-hara bersama pasangan masing-masing sampai ke pagi.
Setelah penyebaran agama Kristian, para pemuka gereja cuba memberikan pengertian ajaran Kristian terhadap perayaan para pemuja berhala itu. Pada tahun 496M, Paus Gelasius (Pope Gelasius) menggantikan peringatan Lupercalia itu menjadi Saint Valentine's Day, iaitu hari kasih sayang untuk orang-orang suci dengan memindahkan harinya pada 14 Febuari sebagai penghormatan bagi seorang pendeta kristian yang dihukum mati pada tarikh tersebut.
![]() |
Saint Valentine |
Siapa Saint Valentine?
Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk dikalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.
Versi pertama: Ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Febuari ditetapkan sebagai cuti umum disamping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St.Valentino sebagai rakyat Cordova.
Versi Kedua: Dalam versi ini menurut riwayatnya, St.Valentino sebelum kejayaannya itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala kedua beragama Kristien berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St.Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St.Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.
Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementalahan pula paderi sememangnya tidak boleh berkahwin!
Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St.Valentino lantas memenjarakan paderinya itu buat sementara waktu kemudian ia dipancung di sekitar tahun 273M pada 14 Febuari. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Febuari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang ditujukan khas untuk St.Valentino sendiri.
Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis 'From Your Valentine' kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pangawal penjara.
Apa jua mitos, sebeb musabab dan sebagainya, 14 Febuari bukanlah untuk umat Islam meraikannya sebagai hari kekasih. Ini adalah terang-tarangan bukan upacara untuk umat Islam. Ia adalah upacara memperingati Juno (Tuhan wanita dan perkahwinan), serta Pan (Tuhan dari Alam ini) seperti apa yang dipercayai oleh orang Romawi dan dirayakan pada 15 Febuari yang akhirnya ditukar kepada 14 Febuari oleh pihak gereja pada sekitar tahun 496M.
![]() |
Pasangan Muslim yang ditangkap di hari Valentine's |
Begitu pandai musuh-musuh Islam menanam budaya ini ke dalam fikiran umat Muslimin dengan menjadikan 14 Febuari ini seolah-olah bukan upacara keagamaan . Dan kini anda (wahai pembaca sekalian!) telah mengetahui serba sedikit intipati hari Valentine's ini, maka jauhilah budaya ini. Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang masa dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.
![]() |
Pasangan Muslim ditangkap di hari Valentine's |
Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara dengan saudara seIslam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh Haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik. Di dalam Islam, Allah SWT menggalakkan umatNya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka. Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaanya diberikan kepada ibu bapa,suami isteri,keluarga,saudara muslim dan akhirnya seluruh manusia.
(Petikan dipetik dari: Rahsia Untuk Umat Islam.Nazri Zakaria)